ABDUL RAHMAN BIN AUF ra. - Saudagar Islam Yang Berjaya Di
dunia Dan Akhirat
.
in
Share
digg
ABDUL RAHMAN BIN AUF ra.
Abdul Rahman Bin Auf adaltah salah seorang sahabat
Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang
terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut
ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan
beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh
dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun
kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang
berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman
Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.
Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah
s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau
tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah
orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan
bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk
Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari
yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan bermalam
diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek
moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf
tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.
Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam
ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya
kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul
Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan
ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya.
Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk
memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua
kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan
seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji
Islam.
Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan
menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan
Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan
kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan
Islam.
Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf
juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat
Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat
sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah
s.a.w akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke
negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak
berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah
rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4
orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah
yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan
rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan
di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.
Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa
temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t
memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib(
Madinah) dilakukan Rasulullah sendiri dan
para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.
Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul
terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman
Bin Auf telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang
daripada golongan Ansar.
Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan
Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya,
"Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta,
dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga
mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya
sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata
sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga
Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara.
Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya
saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.
Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan
pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam
berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100
ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor
kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan
kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya
yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling
pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat
kebajikan terhadap kaum fakir miskin.
Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan
menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah
terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali
duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan
menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan
senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga
dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.
Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan
hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf
adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama
ALlah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah
bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya
meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan.
Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan
Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul
Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau.
Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau
adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu
menghindarkan din dan penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada
suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang
apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya,
"Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal
dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong
kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin
Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak
mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir
saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati
kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada
para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak
harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul
Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu
ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu
menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah
kenyang oleh roti gandum.
Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat
besar Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka
tidaklah hairan kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah
di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki
syurga.
Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah
memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau
pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun
pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah
salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum
kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara
enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda.
Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal
menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang
akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.
Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang
fana mi selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah.
Dalam usia 75 tahun. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah
menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di
sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia
menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk
berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat
janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua
meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya
yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh
Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=77:abdul-rahman-bin-auf-ra-saudagar-islam-yang-berjaya-di-dunia-dan-akhirat&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=75
Tidak ada komentar:
Posting Komentar