Khalifah Umar r.a dan Khalid Ibn Walid r.a
Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam'
dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13
Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada
17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan
bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-
Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari
surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka
tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan
Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.
Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian
harta.
Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan
berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang
bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.
Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di
Syria, belia berkata :-
"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai
gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan
jawatanku"
Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia
waktu untuk bermulanya fitnah"
Kahlid membalas :
"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA
RUANG FITNAH untuk berlaku" [14]
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau
dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a
adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.
Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H),
beliau berkata kepada Abu Darda r.a,
"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat
kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"
Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:
"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam
sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku
sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan
ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"[15]
Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta
pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut
menangis.
Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut
dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya.
Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?.
Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan
daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih
dahulu.
Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di
sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan
Khalifah Umar al-Khattab r.a.. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq kami merinduimu
pemerintahanmu..
[12] Tarikh at-Tabari, 5/41
[13] Umar Ibn Khattab, His Life and Time, Dr Ali Md
As-Sallabi, 2/111-114 ; Abatil yajib an tumha min at-Tarikh, Ibrahim Sha'oot,
hlm 134
[14] Al-Kamil fi At-tarikh, Ibn Athir, 2/156
[15] Khalid ibn waled, Sadiq ‘Arjoun, hlm 349 ; Al-Khilafah
wal Khulafa, hlm 198
Tidak ada komentar:
Posting Komentar