KHALID AL-WALID ra.
Pedang Allah
Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang
berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud,
beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam
tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau
adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan
bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera
iaitu anugerah 'Pedang Allah'
Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang
paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana
umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud
dahulu.
Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun
8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah
pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.
Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak
menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal
itu.
Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya
telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran
tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat
nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b
Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu
Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin
Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada
Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan
ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan
tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan
tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk
mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat
kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar
Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu
suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada
orang-orang kafir dan munafik"
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab
yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan
tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid
sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya
memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma.
Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan
melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"
Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah
berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya
merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu
kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu
semua setuju, aku akan berikan setiap
seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat
mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke
Madinah".
Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami
tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau
sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu
tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab
itulah kami ke mari"
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang
beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar"
"Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah
peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat
bergelimpangan.
Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b
al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati
syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada
Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya
(di Syurga)"
Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan
kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa
apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera
tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.
Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka
dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah
dialog antara keduanya.
George bertanya :
"Wahai Khalid, hendaklah kamu
berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah
benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit
lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan
kalah"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"
George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang
Allah ?"
Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah
mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang
mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan
orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu
aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.
Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang
Allah"
George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada
manusia"
Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka
mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"
George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk
Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan
mendapat ganjaran ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih
utama"
George berkata :
"Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Kami hidup bersama Rasul
lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar
melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu
tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang
tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada
Allah dengan jiwamu"
Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid,
belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang
syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan
tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang
pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang
diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu
diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun bersikap serupa,
lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan
orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi
meminumnya. Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan
kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan
mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW
Sumber:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar