Bibliografi dan Latar Belakang Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq
ra
Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing
lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia
yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W.
Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan
kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya
dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur
bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya baik dahulu
mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling
disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah
Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya
serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat
Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai
seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak
sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun
lebih muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab
dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah
tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda
untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya
pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam
telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar
R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana
sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi
Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang
diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina
Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.
Kata Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika menceritakan suatu
kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang
tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid.
Dia berkata kepadaku:
"Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.
"Benar, “jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?”
"Benar,” ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani
Taiyim?”
"Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya.
Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi
hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah
tak keberatan jika aku lihat perutmu?
Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan
hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang
sebenarnya.
Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam
ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi
itu akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang
lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap
lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang
separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya
dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan
kepadaku.
Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu
orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya
berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku.
Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan
sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua
tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu
bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?
"Boleh sahaja, “jawabku.
Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah.
Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata,
"Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah
yang terjadi itu?
Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi
Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan
dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku
sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan,
"Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku
mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek
moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah
yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!
Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh
hari.
Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang
tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian
syair kepada engkau!
Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah
yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui
Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya aku berkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa
dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah,
dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.
Demikianlah kisah indah yang meriwayatkan bagaimana Islamnya
Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan
lelaki yang pertama yang beriman kepada Rasulullah S.A.W.
Keislaman Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq R.A. telah membawa
penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh
keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti
Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti
jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A. telah
menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab
serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaan
baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita ketahui dan satu dialog
yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat
Rasulullah S.A.W. pernah suatu hari menanyakan Rasul, "Siapakah di antara
manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan
kalau laki-laki adalah bapanya.
Selain daripada itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A.
adalah seonang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal,
tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi
sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakar Al-Siddiq
dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakar. Demikian teguhnya
iman Saiyidina Abu Bakar R.A. demi apakala kita memperhatikan pengertian yang
terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu. Gelaran AlSiddiq
yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah lantaran
memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela
diri Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan mendustakan
Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti pula tampil dengan penuh keyakinan
untuk membelanya.
Tidak beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidina
Abu Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan
perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu
menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan
menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana kegiatannya
maka Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy
yang lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan seluruh
hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang
ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli
hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya
lalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin
Rabah.
Tatkala Nabi Muhammad selesai melakukan Isra' dan Mikraj
segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah
S.A.W. telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa
pendapatnya tentang dakwaan Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka
mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakar R.A.
kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu.
Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun
berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka
ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh
benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung,
"Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih
sebulan perjalanan pulang, di malam semalam tadi? Maka sahut Abu Bakar
sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu aku percaya
kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yg diberitakannya baik pada
waktu siang mahupun di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang
paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang
dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau
telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, entinya yang
benar.
Dan memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar
itu. Beliau telah kenal akan Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah
boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu berkata
benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda akan khianat kepada
pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesuruh
Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu danipada Tuhannya. Beliau sudah
bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada
sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala keadaan kekejaman orang-orang musynikin Quraisy
terhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan
membahayakan, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di rumah
Saiyidina Abu Bakar R.A. untuk mencari jalan keluar daripada kesulitan yang
sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W.
menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakar R.A. bahawa Allah S.W.T. telah
memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta
Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut.
Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu Bakar R.A.
menyambut permintaan Rasulullah S.A.W.
Dari pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. Rasulullah
S.A.W. bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi
di gua yang diberi nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu
Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh
dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi, maka pada saat itu
turun ayat suci Al Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam
pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya
itu yang oleh kerananya Rasul berkata, "Apakah yang menggelisahkanmu,
bukankah Allah menemani kita?
Kemudian Rasulullah S.A.W., diriwayatkan berkata selanjutnya
untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu Bakar, "Kiranya mereka masuk
juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu,
ujar Rasul sambil menunjukkan ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun
menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang
yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama
sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah
kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih
dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau pernah berkata,
"Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya
terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan
sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci
murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah
kezaliman.
Ucapan antara dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada
tersebut dalam Al Quran dalam Surah At-Taubah ayat 40: "Kalau kamu tidak
menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung
halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu
dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau
berdukacita; sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan menurunkan ketenanganNya
kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan
menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu
yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.
Demikian satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AL
Siddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan
bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar
R.A. tidak bercerai jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai
semua peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang
menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta
kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk
menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya
untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat
beliaulah tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.
Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta
kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah.
Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa seluruh harta bendanya
lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta
yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka
Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta
bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan
isterimu?
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan
buat mereka Allah dan RasulNya.
Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq,
suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia.
Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau
Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda
Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq. Tepatlah juga tatkala
baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat ditimbang bersama iman
Saiyidina Abu Bakar R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu Bakar R.A. Beliau
memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T.
untuk menjadi teman akrab Rasulullah s.a.w
Pada suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang
antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk
memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah
tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi
Tuhan... Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar
R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan terharu sebab beliau
mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah
bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan
Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para sahabat yang lain kerana
beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat.
Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas
wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik
serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al
Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka umum
sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda
telah wafat. Ujar Umar r.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi
menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri
dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya
setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang
berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu
sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati
ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab
tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya
Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati tubuh Rasulullah S.A.W. terbujur di
satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil
benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya
engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang
sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:
"Wahai kaum Muslimin! Barang siapa yang menyembah
Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barang siapa yang menyembah Allah
maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan
sepotong ayat dari Al Qur'an:
"Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti
rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu
berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai
Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada
orang-orang yang bersyukur.
Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab
pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah
mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum
Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu
telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan
mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke
Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami
oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.
Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak
meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai
Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara
ramai memilih Saiydina Abu Bakar Al-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu
dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat
sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak
sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para
sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda
Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang
tatkala baginda sedang uzur.
Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu
Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya yang terkenal yang
antara lainnya baginda berkata:
"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi
pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab
itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka
perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku
harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu
adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada
di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku
selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai
Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan
menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap
untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat
sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat
memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia
wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan,
sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari
seorangpun juga di antara kamu.
Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum
pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah
dunia barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya.
Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah
diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah
Allah! Baginda dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya:
"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah
RasulNya!
Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu
sehari setelah baginda terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar R.A.
kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat
itu lalu mendekati baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar
itu mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh
dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan
apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian
sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun
kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi
seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari harta kerajaan.
Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka
menentukan tunjangan secukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang
diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan
usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk
mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda hanya menerima
peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih
kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk
keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah memerntahkan supaya pendapatannya
itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya
menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak
dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu
golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang
lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan
asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum baginda wafat, kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda
telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang
ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq
untuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu
Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan Saiyidina Umar R.A. apa yang dikerjakannya
di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya
kepada jenazah baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan
kewajipan biarpun yang demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara
lain kata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:
"Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan
laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu
sebelum matahari terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala
hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun
besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah
melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang wafatnya
Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana
yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah
Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan
pasti pula kota Madinah ini telah jadi lautan api.
Dalam masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakar
Al-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah
meletakkan asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat
setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala
kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap janji-janjinya
dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah
Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.
Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah penuh
dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia.
Selama dua tahun pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang
pokok dan kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang
penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan
Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri riwayat pemerintahan yang
dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian
daripada negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang,
ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam
Rasulullah S.A.W. di Masjid Madinah. Semoga riwayat serta penjuangan baginda
menjadi contoh ibadat yang murni bagi sekelian kaum Muslimin.
Sumber dari
Tidak ada komentar:
Posting Komentar