Salman Al-Farisi Pemimpin Yang Rendah Diri
Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat
Rasulullah saw. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya,
Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk
Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah
keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan
dunia. Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman
terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang
berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai
sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.
Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya. Di pertengahan
jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya
melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: "Wahai tuan! Tahukah tuan
bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri
kita ini." Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang
yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu
menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman
menjawab: "Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga
sampai ke rumah tuan". Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman
Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darjat
kedudukan.
sumber:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar