IKRAMAH BIN ABU JAHAL
Islam menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka.
Antara yang hebat adalah Ikramah bin Abu Jahal. Seorang pemuda yang pada
awalnya sangat menentang Islam. Akhirnya menjadi seorang pembela Islam yang
tegar.
Peribadi
Ikramah merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani.
Beliau lahir dari keturunan bangsawan Quraisy. Sangat dihormati dan dipandang
mulia oleh penduduk Mekah pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang
penungang kuda yang sangat mahir.
Sebelum masuk Islam
Ikramah menolak dakwah Islam kerana terpengaruh dengan sikap
ayahnya, Abu Jahal yang menentang Islam. Dek dorongan yang kuat dari ayahnya
itu, beliau juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan menyeksa umat Islam yang
lain.
Perang Badar menyaksikan Ikramah menjadi sayap kanan kepada
ayahnya. Namun, Abu Jahal terbunuh dalam peperangan tersebut. Tambah malang
lagi ia disaksikan sendiri oleh Ikramah. Namun ia tidak mampu berbuat apa-apa
kerana mahu menyelamatkan diri sendiri.
Permusuhan Islam Semakin Memuncak
Sejak kematian ayahnya itu, kebenciannya pada Islam semakin
menebal. Kali ini bukan kerana benci terhadap Islam, tetapi kerana mahu
membalas kematian ayahnya itu. Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin,
beliau antara yang berada dibarisan hadapan.
Perang Uhud menyaksikan Ikramah menjadi sayap kiri pasukan
Quraisy manakala Khalid al-Walid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda.
Kedua panglima ini gagah memecah belahkan tentera Islam.
Perang Khandak menyaksikan beliau antara yang semangat ingin
memecah banteng pertahanan tentera Islam Madinah pada masa itu. Setiap hari
beliau berpusing sekitar parit untuk mencari jalan hendak menembusi Madinah.
Ketika pembukaan kota Mekah berlangsung, Ikramah mengambil
keputusan melawan tentera Islam yang hendak masuk ke Mekah. Ikramah
mengumpulkan pengikutnya untuk menyerbu tentera Islam yang masuk ke Mekah.
Namun, ia sangat terkejut melihat Khalid al-Walid yang
menyerbunya ketika itu. Namun, beliau tetap tekad melawan Islam. Akhirnya
tenteranya tewas. Ikramah sempat melarikan diri dari dibunuh.
Beliau merasa sangat menyesal pada masa itu. Mekah tidak
lagi aman baginya. Beliau akhirnya menuju ke Yaman.
Isteri Solehah
Ummu Hakim, isteri Ikramah sangat bimbang akan keadaan
suaminya. Beliau kemudian mendapat tahu suaminya di Yaman. Beliau ditemani
pembantunya, seorang yang berbangsa Rom, untuk menemaninya sampai ke Yaman
Namun, dalam perjalanan, pembantunya itu merayunya berbuat
maksiat. Tetapi Ummu Hakim sangat setia pada suaminya itu. Selain itu, dia
dapat menanganinya dengan bijaksana. Dia memberi harapan dengan melewat-lewat
masa sambil meneruskan perjalanan.
Sesampai sahaja di sebuah perkampungan Arab, Ikramah segera
meminta tolong kepada penduduk disitu dan menyatakan niat jahat pembantunya itu.
Pembantunya itu akhirnya ditangkap. Dapatlah Ummu Hakim meneruskan
perjalanannya dengan aman.
Pertemuan Cinta Suci
Akhirnya Ummu Hakim bertemu dengan suaminya di Pantai Laut
Merah. Mereka berpeluk kegembiraan. Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang bersamanya
ke Mekah. Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampunkan kesalahannya itu.
Ikramah dengan senang hati mengikut isterinya pulang ke
Mekah. Dalam perjalanan pulang, Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya
kepada Ikramah. Mereka kemudian singgah di perkampungan Arab tersebut.
Disebabkan terlalu marah dengan pembantunya itu, Ikramah
mengambil keputusan membunuh pembantunya itu. Mereka seterusnya meneruskan
perjalanan ke Mekah.
Mengucap Kalimah Syahadah
Ketibaan Ikramah dan isterinya disambut oleh Rasulullah dan
para sahabat. Mereka seolah-olah sudah menduga kedatangan Ikramah ke Mekah.
Baginda Rasulullah gembira dengan kedatangan Ikramah tersebut.
Lantas, dihadapan baginda, Ikramah mengucap dua kalimah
syahadah. Ikramah berjanji akan mengubah perangainya dan bersedia membela Islam
dengan tangannya. Ikramah mahu bertaubat dan menebus kesilapannya yang dulu.
Pahlawan Islam yang Berani
Ternyata Ikramah menepati kata-katanya itu. Kalau dahulu
hidup dan matinya melawan Islam, kini beliau berjuang berhabis-habisan
mempertahankan kalimah tauhid Islam.
Perang Yarmuk menyaksikan tentera Islam diserang
bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang
tentera Rom yang sedang menggila. Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang mara
kehadapan.
Akhirnya, beliau gugur terkorban dalam peperangan tersebut.
Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang.
Sumber:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar