Kelebihan Bulan Rabiulawal dan Peristiwa Perang Badar
Maulidur Rasul
Maulidur Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah
merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam).
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala. Tapak
kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai
Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan
mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan
beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan
keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka
yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat
betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud
Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar
untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas
kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu
cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah
Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang
beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap
tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan
kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu
bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh
ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
KELEBIHAN BULAN RABIUL AWAL KEPADA UMAT ISLAM
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim
bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan
Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama
bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan
Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah
sekarang. Bulan ketiga dalam kalendar Hijrah ini membawa satu peristiwa besar
yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Perayaan Maulid Nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said
al-Qakburi, seorang gubernur Irbil, di Irak pada masa pemerintahan Sultan
Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193).
Ada yang berpendapat bahwa pendapat itu sendiri berasal dari
Sultan Salahuddin sendiri. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan
kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat
itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristen Eropa
dalam upaya memperebutkan kota Yerusalem.
Nabi junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiulawal, yang pada tahun ini
jatuh pada 21hb April, 2005. Berbagai acara sambutan diadakan bagi memuliakan
hari keputeraan junjungan kita ini.
Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain
maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di
bulan-bulan yang lain. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu
dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan kita
itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar
kelak.
Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira.
Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai
ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat. Niat itu
akan menggambarkan keikhlasan kita. Kerja yang ikhlas akan membawa kepada
kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan
membawa kepada ketenangan..
Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu amalan
yang disyariatkan oleh Islam.Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang
beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
[Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.),
terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan
selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya, Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang
bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat
nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat
Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a].
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya
manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak
berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin
Mas’ud r.a].
Apabila kita menyambut Maulidur Rasul, banyak
kelebihan-kelebihan yang diperolehi. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku
nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa
membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah
gunung untuk agama Allah."
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata:
"Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka
sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga."
Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa
pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi
ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam." Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati
oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang
yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Jalalaludin As-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara
orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan
kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan
kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu
Wataala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan
dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha
Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya."
Beliau berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid
atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah
Subhanahu Wataala akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan
malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil
mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya
majlis Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu."
Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan
perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan
bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang
diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali
majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi
yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup). Dalam hal ini, sebahagian
ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan
sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam
majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang
lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan
tidak memadai sekali seumur hidup.
Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi
(S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t).
Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan
disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim
memperbanyakkannya. Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang
hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’.
Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hambali, selawat
diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala
dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad
dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.
Kelebihan berselawat yang lain lagi ialah sebagaimana hadis
Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam seterusnya, daripada Umar bin Al-Khattab, ia
berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya,
"Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tidak naik barang
sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat ke atas-Ku". (Riwayat
Al-Imam At-Termidzi)
Dengan memperbanyakkan selawat juga kita akan dapat
mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, menghilangkan kesusahan dan
kegelisahan, meluaskan rezeki, dikabulkan segala keperluannya dan insya Allah
akan memperolehi syafaat di akhirat kelak. Semua ini akan dapat dicapai jika
kita sentiasa mengamalkannya dengan penuh yakin dan istiqamah. Walau
bagaimanapun janganlah menganggap hanya dengan berselawat sahaja kita akan
memperolehi kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan tadi sedangkan
amalan-amalan yang lebih utama seperti sembahyang, puasa, membayar zakat dan
lain-lain lagi diabaikan.
Kelebihan lain yang kita dapat ialah merapatkan hubungan
sesama insan, apabila menyambut Maulidur Rasul, kita pasti akan berkumpul di
tempat yang di adakan majlis tersebut, semasa majlis berlangsung, kita dapat
lihat setiap orang bergotong royong melakukan sesuatu pekerjaan yang ditetapkan
samaada secara bersendirian atau berkumpulan, hal ini dapat mengeratkan lagi
hubungan sesama islam yang lain. Apabila kita berkumpul di dalam satu majlis
itu, sedikit sebanyak kita juga dapat mendisiplinkan diri dan mematuhi arahan
ketua, kelebihan ini juga, membolehkan kita bersikap menghormati orang lain di
samping dapat memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain.
Kebiasaannya, majlis Maulidur Rasul diadakan di masjid,
surau, ataupun di sekolah-sekolah. Dengan adanya majlis seperti ini, kita dapat
bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Jurang yang
memisahkan seseorang sebelum ini dapat
di eratkan dengan melalukan aktiviti seharian yang berlainan seperti bekerja,
dapat kita perbaiki dengan menghadiri majlis sebergini. Memupuk semangat
perpaduan sesama muslim juga amat disukai oleh Allah s.w.t. Allah berfirman, “Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan
janganlah kamu bercerai berai” [Surah Al-Imran:103]
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik
merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah
Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di
hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi
pembalasan yang tiada ternilai.
Menyambut Maulidur rasul bukanlah untuk menjadikannya salah satu
perayaan ibadah tapi hanya sekadar untuk mengingati dan mensyukuri akan
kelahiran Nabi kita yang menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan. Menurut
Ibnu al-Hajj, "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan
kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia
telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w)
untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan islam.
Dengan adanya sambutan Maulidur rasul maka kita akan dapat
memperkenalkan muslimin siapa itu Muhamaad dan secara tak langsung kita akan
membuatkan hati Muslimin tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) ,meniru
akhlak nabi dan meniru segala perbuatan baginda dan memuji baginda yang
merupakan satu perkara yang diperintahkan oleh Allah di dalam
ayat,"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai
orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya".
Sambutan ini dilakukan adalah semata untuk memperingati hari
kelahiran baginda dan ia secara tidak langsung akan membuka ruang bagi kita
untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila
ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia
untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan
mengamalkan ahklak baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya,
kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.Kerana
baginda adalah ikutan kita dan ia mempunyai akhlak yang mulia sepertimana
Firman Allah didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai ahklak yang
mulia" (al-Qalam: 4).
Dan bila kita melewati kembali sirah Nabi, antara cara Nabi
mahu meningkatkan semangat juang para sahabat yang lain ialah memuji-muji diri
baginda dan bercerita mengenai akhlak baginda dengan bersayembara syair. Ini
telah dinyatakan oleh Al-hafiz Ibnu Kathir didalam kitabnya bahawa para Sahabat
ada meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair
mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para
Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,"Aku
adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak Abdul Mutalib.
Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi
mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda
memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita
bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga,
melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana
mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita. Terdapat juga
hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad (bukan semua hadis didalam ini
adalah sahih) dan kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat
hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) Al-'Abbas
mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:
“Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan
nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, Dan kami
dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang
terpimpin.”
Dalam
bulan Rabiul Awal ini juga umat Islam dapat mengingati kisah-kisah para rasul
dan nabi. Kisah- kisah ini dapat memberi pengajaran dan tauladan kepada kita
semua. Pada bulan ini lah berlakunya beberapa peperangan. Antara peperangan
yang berlaku di bulan Rabiul Awal ialah peperangan Safwan (Badar pertama),
Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani
Lahyan.
Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah
bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam
telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah
arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah
menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy
Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini. Perang Badar merupakan perang
pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa
mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak
pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang
tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan
mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat
air yang mengalir menuju lembah yang curam.
Tidak ada sesiapa yang dapat
menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa
menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.
Dikisahkan, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam terlebih
dahulu sampai di sumber mata air Badar dan memutuskan untuk berhenti di tempat
itu. Dan itu merupakan sebahagian dari strategi agar pasukan kaum muslimin
dekat dengan sumber air. Melihat hal itu, Habab ibn Mundzir berkomentar, “Wahai
Rasulullah! Mengapa engkau memilih tempat ini sebagai pemberhentian kita?
Apakah tempat ini memang telah ditentukan Allah kepadamu dan kita tidak dapat
memajukan atau mengundurkannya sedikitpun, ataukah ini adalah bagian dari
pendapat, strategi, dan siasat perang?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
menjawab, “Ini hanyalah sekedar pendapat, stategi, dan taktik perang.”
Maka Habab berkata, “Wahai Rasulullah, jika demikian halnya,
aku juga ingin mengemukakan pendapatku. Menurutku, tempat ini tidak tepat untuk
kita berhenti. Sebaiknya kita terus berjalan hingga sampai di mata air yang
paling dekat dengan perkemahan bangsa Quraisy. Setelah itu, kita duduki tempat
tersebut dan kita hancurkan seluruh sumur yang ada di seberangnya dan
menjadikannya kolam penampungan air. Lalu, kita penuhi kolam itu dengan air dan
kita baru menyerang mereka. Dengan begitu, niscaya kita akan dapat minum air
itu sedang mereka sama sekali tidak bisa meminumnya.”
Pada saat itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
berkata, “Pendapatmu sangat bagus!” Kemudian, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam pun menjalankan taktik yang ditawarkan oleh Habab ibn Mundzir
radhiallahu ‘anhu. Petunjuk yang diberikan oleh Habab ini diriwayatkan oleh
Ibnu Ishaq dengan riwayat munqathi’ -Ibnu Hisyam (2/312-313), atau dengan
riwayat mursal dan terhenti pada Urwah sebagaimana yang tertulis dalam
al-Ishabah (1/302), Hakim (3/446-447). Riwayat tersebut dinilai sebagai hadis
munkar oleh Dzahabi dan Umawi sebagaimana yang diungkapkan oleh Ibnu Katsir di
dalam al-Bidayah wa an-Nihayah (3/293) dengan silsilah periwayatan yang
munqathi’ (terputus).
Ketika mereka telah berhasil menduduki tempat yang dimaksud,
Sa’ad ibn Muadz berkata kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, “Wahai
Nabi Allah! Tidakkah kami perlu membangun kemah khusus untuk tempat
istirahatmu, menyiapkan hewan kendaraanmu dan kemudian kita baru menyerang
musuh kita? Sungguh, seandainya Allah memberikan kemenangan dan kejayaan kepada
kita atas musuh-musuh kami, maka itulah yang kami inginkan. Namun, bila
kenyataan yang terjadi adalah sebaliknya, maka engkau sudah siap untuk
menyelamatkan diri dan menemui kaum kita. Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada
beberapa kaum yang menantimu di tanah air kita dan kecintaan mereka terhadapmu
lebih besar dari kami. Sehingga, bila mereka mendengar bahwa engkau berperang,
niscaya mereka pun tidak akan tinggal diam. Allah pasti akan melindungimu
dengan mereka. Sebab mereka pasti akan memberimu pertimbangan dan senantiasa
berjuang di belakangmu.” Maka, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun
menyepakati usulan Sa’ad tersebut.
Meskipun demikian, perlu digaris bawahi bahwa saat
terjadinya perang Badar tersebut, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam ikut
berperang aktif dan terlibat langsung dalam pertempuran. Jadi, beliau tidak
hanya berada di dalam kemah dan berdoa saja sebagaimana dipahami oleh sebagian
ahli sejarah.
Ahmad menuturkan: Ali radhiallahu ‘anhu menceritakan,
“Kalian tentu telah menyaksikan bagaimana kami pada saat pecahnya perang Badar.
Saat itu, kami berlindung di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam,
sedang beliau terus membawa kami mendekati musuh. Dan beliau adalah orang yang
paling berani ketika itu.”
Dengan isnad yang sama, sebuah hadis lain menuturkan,
“Ketika keberanian mulai memuncak pada saat perang Badar, kami terus bergerak
bersama-sama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam Bahkan, beliau adalah orang
yang paling berani. Terbukti, tidak ada satu pun kaum muslimin yang paling
dekat dengan musuh selain beliau.”
Muslim meriwayatkan: Pada perang Badar, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata kepada para sahabatnya, “Jangan ada seorang
pun di antara kalian bergerak sebelum aku memberi komando.”
Ibnu Katsir berkata, “Beliau terjun dan terlibat langsung
dalam pertempuran itu dengan segenap jiwa dan raga. Demikian halnya dengan Abu
Bakar ash-Shiddiq. Sehingga, keduanya tidak hanya berjuang dengan berdoa dan
bermunajat kepada Allah di dalam kemah saja, tetapi juga turun ke medan
pertempuran dan bertempur dengan mengerahkan segala daya dan upaya.”
Demikianlah, setelah pada siang harinya mengerahkan segala
kemampuan dan daya upaya yang mungkin dapat dilakukan untuk memenangkan
pertempuran, pada malam harinya beliau menghabiskan waktunya untuk terus berdoa
dan memohon kepada Allah untuk memberikan kemenangan terhadap pihak tentara
Islam.
Adapun salah satu doa beliau saat itu adalah seperti yang
diriwayatkan dalam Shahih Muslim berikut: “Ya Allah, sempurnakanlah kepadaku
segala apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, berikanlah apa-apa
yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau membinasakan pasukan
Islam, tentulah Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi ini.”
Sebuah riwayat mengatakan: Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam terus berdoa sampai kain serbannya terjatuh dari kedua pundak beliau.
Kemudian, Abu Bakar datang menghampiri beliau, mengambil serban beliau yang
terjatuh dan kemudian memakaikannya kembali ke pundak beliau. Setelah itu, ia
pun melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di
belakangnya. Setelah itu, Abu bakar berkata, “Wahai Nabi Allah, tidakkah sudah
cukup permohonanmu kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, kerana sesungguhnya Allah
pasti akan memenuhi seluruh janji-Nya kepadamu?”
Maka Allah berfirman,“(lngatlah), ketika kamu memohon
pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, ‘Sesungguhnya Aku
akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang
bertutut-turut’.” (QS. Al-Anfal: 9) Dan benar, esok harinya, Allah mengirimkan
bala bantuan kepada mereka berupa pasukan tentara malaikat.”
Adapun doa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pada saat
perang Badar yang diriwayatkan oleh Bukhari adalah:”Ya Allah, hamba memohon
kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah, jika Engkau
berkehendak (membuat hamba kalah), Engkau tidak akan disembah setelah hari
(peperangan) ini.”
Riwayat lain menceritakan: Lalu Abu Bakar memegang tangan
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan kemudian berkata, “Sudahlah
Rasulullah, engkau sudah meminta dan mendesak Tuhanmu tanpa henti!” Esok
harinya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mempergunakan baju besi dan
kemudian keluar dari kemahnya seraya berkata, “Golongan itu (pasukan Quraisy)
pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.” (QS. Al-Qamar: 45)
Ibnu Hatim menceritakan: Ikrimah berkata, “Ketika
diturunkannya ayat ‘golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan
mereka akan mundur ke belakang … ‘, Umar berkata alam hati, “Golongan manakah
yang akan dikalahkan itu?”
Umar radhiallahu ‘anhu juga menceritakan: Ketika perang
Badar dimulai, aku melihat Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mempergunakan
baju besi sambil berkata, Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan
dan mereka akan mundur ke belakang.” Maka, aku segera mengetahui maksud ucapan
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam tersebut.”
Pada hari Jum’at pagi, tanggal 17 Ramadhan, tahun ke-2
hijriah, tepatnya ketika kedua belah pihak (muslim dan Quraisy) sudah saling
berhadapan dan sedang mengambil ancang-ancang untuk saling menyerbu, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa kepada Allah seraya berkata: “Ya Allah,
itulah kaum Quraisy yang telah datang dengan sombong dan congkaknya. Mereka
memusuhi-Mu, menyalahi perintah-perintahMu, dan mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah,
aku hanya meminta pertolongan yang telah Engkau janjikan kepada hamba. Ya
Allah, binasakanlah mereka pagi ini!”
Setiap kali akan berangkat bertempur, Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam selalu terlebih dahulu merapatkan barisan pasukan kaum
muslimin. Dia melakukan inspeksi barisan seraya menggenggam sebuah anak panah.
Saat Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam sedang melakukan pemeriksaan
barisan, tiba-tiba beliau menekankan anak panah beliau ke perut Sawad ibn
Ghaziyyah. Pasalnya, waktu itu ia agak sedikit keluar dari barisan. Beliau
berkata kepadanya, “Sawad, luruskan barisanmu!” Sawad pun menjawab,
“Rasulullah, engkau telah menyakitiku, maka bolehkah aku membalasmu?” Maka
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membuka bagian perut beliau seraya
berkata, “Lakukanlah!” Akan tetapi, Sawad ternyata tidak jadi membalas, tetapi
justru memeluk Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan mencium bagian perut
beliau. Dengan heran, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bertanya, “Apa yang
membuatmu seperti ini, Sawad?”
Sawad menjawab, ”Wahai Rasulullah, seperti itulah yang aku
inginkan. Sesungguhnya aku telah berharap agar mati setelah bisa menyentuhkan
kulitku dengan kulitmu.” Lantas, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun
mendoakan Sawad dengan hal yang baik-baik. Setelah itu, Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam memberikan berbagai arahan dan pengarahan kepada pasukan muslim
tentang berbagai hal yang berkaitan strategi dan siasat mereka hari itu.
Beliau berkata, “Apabila mereka mendekati kalian, maka
serang mereka dengan anak panah kalian dan jangan sampai didahului oleh mereka!
Ingat, jangan sampai kalian melupakan pedang kalian hingga kalian lengah dan
dapat dirobohkan.” Setelah berpesan demikian, beliau lantas mengobarkan
semangat pasukan muslimin dengan berkata, “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada
di genggaman-Nya, setiap orang yang berperang melawan mereka (pasukan Quraisy)
pada hari ini, kemudian mati dalam keadaan tabah, mengharapkan keredhaan Allah,
maju terus pantang mundur, pasti akan dimasukkan ke dalam surga. “
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dikatakan bahwa
ketika kaum musyrikin telah mendekat, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata,
“Bangkitlah kalian untuk menuju syurga yang luasnya seperti luas langit dan
bumi.” Mendengar ucapan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam tersebut, Umair
ibn Humam al-Anshari berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah benar syurga memiliki
luas seperti luas langit dan bumi?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
menjawab, “Benar.” Dengan terkagum-kagum, Umair berucap, “Oh, betapa besarnya
syurga itu!” Lalu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bertanya kepada Umair,
“Mengapa engkau berkata demikian?” Umair menjawab, “Tidak, Rasulullah. Demi
Allah, aku hanya berharap menjadi bagian dari penghuninya.” Beliau berkata,
“Engkau akan menjadi salah satu penghuninya. “
Kemudian, ia mengeluarkan beberapa butir kurma dan
memakannya. Setelah itu, ia berkata, “Seandainya aku masih hidup dan dapat
memakan kurma-kurma ini, maka itu adalah kehidupan yang sangat panjang.” Lalu
ia melemparkan kurma yang ada di genggamannya dan kemudian menjadi beringas
bertempur sampai akhirnya syahid.
Auf ibn Harits (putra Afra) berkata, ”Wahai Rasulullah, apa
yang membuat Allah tersenyum saat melihat hamba-Nya?” Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam menjawab, “Ketika tangan seorang hamba itu menceburkannya ke
tengah-tengah musuh tanpa mempergunakan pelindung.” Maka, seketika itu juga Auf
membuka pakaian besi yang melindunginya, dan kemudian melemparkannya. Setelah
itu, ia menghunus pedangnya dan bertempur di medan perang sampai terbunuh.”
Sebelum dimulainya peperangan, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam meminta kepada para sahabatnya untuk tidak membunuh orang-orang dari
Bani Hasyim dan beberapa orang lainnya. Pasalnya, mereka ikut meninggalkan kota
Mekah dan berperang kerana dipaksa. Dan di antara mereka yang disebutkan
namanya oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam adalah Abu Bukhtari ibn
Hisyam (salah satu orang yang pergi ke Ka’bah untuk merobek surat pemboikotan
bangsa Quraisy terhadap kaum muslimin dan ia sama sekali tidak menyakiti
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam) dan Abbas ibn Abdul Muthalib.
Ketika Abu Hudzaifah mendengar perintah itu, ia berkata,
“Apakah kami harus membunuh bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, dan
keluarga kami, sementara kami harus membiarkan Abbas hidup? Demi Allah, bila
aku bertemu dengannya, niscaya aku akan menebasnya dengan pedang.” Akhirnya,
ucapan tersebut sampai ke telinga Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam Maka,
beliau pun berkata kepada Umar, “Wahai Abu Hafshah, benarkah ia akan memukul
wajah paman Rasulullah dengan pedang?” Umar berkata, “Wahai Rasulullah, izinkan
saya untuk memenggal lehernya dengan pedang. Demi Allah, ia telah berbuat
kemunafikan.” Sementara itu, beberapa waktu kemudian, Abu Hudzaifah berkata,
“Aku merasa tidak tenteram dengan kata-kataku saat itu. Bahkan sampai sekarang
aku masih merasa takut, kecuali bila aku sudah menebusnya dengan kesyahidan.”
Maka, akhirnya Abu Hudzaifah pun mati syahid pada perang Yamamah.
Dikisahkan bahwa sebelum peperangan dimulai, Asad ibn Abdul
Asad al-¬Makhzumi keluar dari pasukan Quraisy seraya berkata, “Demi tuhan, aku
sungguh-sungguh akan meminum air kolam mereka, akan merusaknya (kolam air),
atau mati di hadapannya.” Maka, ketika ia sudah mendekat, Hamzah pun
merintanginya dan menyerangnya. Hamzah berhasil memukulnya hingga kakinya
retak. Akan tetapi, Asad masih terus merangkak menuju ke kolam guna memenuhi
sumpahnya dan Hamzah terus mengikutinya, memukul, dan akhirnya membunuhnya di
depan kolam tersebut.
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum
Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti
apabila ada beberapa pasukan yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus
bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya
memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari
semangat. Mereka tidak dapat mengalah
tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah
telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W pintar mengendalikan
taktik peperangan. Orang Islam mempunyai
pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.
Sumber:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar