Khalifah Umar r.a mendenda anaknya
Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar
al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan
meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan
hukuman ke atasnya.
Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah kerana ia adalah
anak khlaifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur
kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepaptunya prosedur
di ketika itu adalah hukuman minum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu
yang sama di hadapan khalayak ramai.
Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar
surat yang antara lainnya menyebut :-
"engkau telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam
rumahmu dan KAMU TAHU IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman
seperti orang lain), ...Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah
tanggungjawabku (DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah
anak Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan
sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt" .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar