SIAPAKAH ASMA' BINTI UMAIS
Ibn Katsir menulis di dalam kitabnya Bidayah wan Nahiyah
beliau ialah Asma binti Umais bin Maadd
bin Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah Abu Bakar ra yang sebelumnya
diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.
Dari perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau melahirkan tiga putra yakni Abdullah,
Muhammad dan Aunan.[ kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi
al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi ]
Perkahwinan dengan Abu Bakar ra beliau melahirkan Muhammad
bin Abu Bakar ra. Apabila Asma berkahwin dengan Ali ra, maka Muhammad bin Abu
Bakar menjadi anak tiri atau anak angkat kepada Ali ra.
Setelah Abu Bakar ra meninggal dunia beliau berkahwin pula
dengan Ali bin Abi Talib , adek suaminya yang pertama.[Sejarah Hidup Imam Ali
bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini] Beliau adalah isteri ke
enam bagi Ali ra.
Perkhwinan dengan Ali melahirkan Yahya dan Muhammad al
Ashgar.Ibn Katsir mengambil riwayat ini dari Ibnul Kalbi. Bagaimanapun Ibn
Katsir mengatakan al Waqidi mengatakan “ Beliau memperoleh dua orang putra
darinya, Yahya dan Aun, adapun Muhammad al Ashghar berasal dari ummul
walad[Ummul walad adalah hamba wanita]. Dalam hal ini kita dapati ada
perselisihan pendapat penulis sejarah.
FITNAH PERIHAL RENGGANGNYA KELUARGA ABU BAKAR RA. DENGAN
KELUARGA ALI RA.
Suatu yang istimewa dengan Asma binti Umais, beliau adalah
sahabat terdekat Sitti Fatimah r.a. Asma inilah yang mendampingi Fatimah r.a.
dengan setia dan melayaninya dengan penuh kasih-sayang semasa sakit
hingga detik-detik terakhir hayatnya.[Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi
Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini]
Kalau demikian rapat hubungan Asma ra dengan Fatimah ra bermakna rapat jugalah
hubungan dengan Abu Bakar ra , kerana masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu
Bakar. Perlu diingat Fatimah ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw
meninggal dunia. Jadi bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan
Fatimah ra dan Ali ra dengan Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah
ra. telah dirahsiakan dari pengetahuan Abu Bakar ra.
Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a
hanya ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah
kematian Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah
Fatimah r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!
HIJRAH ASMA’ KE MADINAH
PERJALANAN dari Habsyah ke Madinah terasa begitu lama. Rindu
pada insan mulia, anak saudara suaminya sendiri, membuak-buak di hatinya.
Meskipun hidup di Habsyah aman dan tenang di bawah pemerintahan Najasyi yang
adil serta terhindar daripada gangguan kafir Quraisy, hatinya tetap rindu bagi
bersama insan mulia dalam menegakkan agama Islam.
"Jauh lagikah? Saya tidak sabar tiba di Madinah. Inilah
yang saya harapkan sekian lama;' kata Asma' binti Umais pada suaminya, Jaafar
bin Abi Talib yang mengetuai penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.
"Insya-Allah tidak lama lagi;' jawab J aafar lirih.
Jaafar memandang ketiga-tiga anaknya yang dilahirkan di
Habsyah iaitu Muhammad, Abdullah dan Aun. Mereka masih kecil dan belum mengerti
apakah yang sedang bergolak di hati ibu dan ayah mereka. Mereka belum tahu erti
perjuangan menegakkan agama Islam.
Namun, di bawah didikan Rasulullah nanti, Jaafar mahu
melihat mereka membesar menjadi pejuang-pejuang agama yang memiliki iman yang
kental.
Jaafar kemudian menoleh pada isterinya. "Tidak sedihkah
meninggalkan anak susuanmu Abdullah?" Jaafar cuba menduga hati Asma'.
Asma' termenung mendengar pertanyaan suaminya itu. Tujuh
tahun lamanya dia tinggal di Habsyah sesudah berhijrah ke sana bersama
segelintir kaum Muslimin yang lain demi menyelamatkan diri daripada gangguan
kafir Quraisy.
Selama tujuh tahun, mereka begitu akrab dengan Najasyi yang
begitu baik kepada mereka. Selepas Najasyi masuk Islam di tangan Jaafar, Asma'
mendapat tempat yang istimewa dalaM keluarga raja itu.
Ini terbukti apabila Najasyi menamakan puteranya nama yang
serupa dengan anaknya, Najasyi meminta Asma' menyusukan puteranya bersama-sama
anaknya.
"Abdullah anak susuan saya dan bumi Habsyah tetap saya
ingati. Namun, rindu saya pada Rasulullah dan negara Islam Madinah, tidak ada
tolak bandingnya;' jawab Asma'.
Jaafar terangguk-angguk mendengar kata-kata isterinya.
"Saya mendapat khabar Rasulullah sedang menunggu kepulangan kita. Beliau
juga begitu merindui kita semua kata Jaafar.
Selepas menempuh perjalanan yang lama, akhimya rombongan
mereka tiba di Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin sedang meraikan kemenangan
mereka mengalahkan kafir Quraisy dalam perang Khaibar.
"Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!"
Rasulullah dan kaum Muslimin bertakbir memuji kebesaran Allah atas kemenangan
mereka itu.
Muslimah Pilihan
Ketika itulah Jaafar dan rombongannya tiba di hadapan
Rasulullah.
Sebaik sahaja beliau melihat Jaafar, beliau begitu gembira.
Beliau segera memeluk Jaafar dan mencium dahinya.
"Demi Allah, aku tidak tahu mana yang lebih
menggembirakan diriku, kedatangan Jaafar atau kemenangan Khaibar kata
Rasulullah kepada seluruh hadirin.
Asma' dan Jaafar tinggal di Madinah dengan penuh bahagia di
samping menimba ilmu yang berharga daripada Rasulullah.
"Isteriku, saya telah mendapat perintah daripada
Rasulullah supaya berangkat ke Syam memerangi tentera Byzantine;' ujar Jaafar
kepada Asma' pada suatu hari.
"Siapakah yang memimpin tentera Muslimin?" soal
Asma'.
"Zaid bin Harisah. Akan tetapi, sekiranya dia syahid,
sayalah yang menggantikan tempatnya jawab Jaafar, "Pergilah suamiku.
Semoga Allah memberi kemenangan ke atas kaum Muslimin” kata Asma' kepada
suaminya.
Seluruh umat Islam temanti-nanti kepulangan kaum Muslimin.
Belum ada khabar berita sama ada kaum Muslim memperoleh kemenangan atau
sebaliknya.
Hati Asma' bergetar apabila Rasulullah datang ke rumahnya.
Rasulullah mendekati ketiga-tiga anak Asma', lalu mencium mereka dengan , mata
berlinangan.
"Wahai Rasulullah, apakah yang membuatkan anda
menangis? Adakah anda telah mendapat khabar tentang Jaafar dan
sahabat-sahabatnya?" soal Asma'.
"Benar, dia telah gugur syahid hari ini” jawab
Rasulullah ringkas.
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Asma' tidak dapat menahan
rasa sedihnya. Dia menangis teresak-esak di samping anak-anaknya. Namun, dia
tetap sabar demi mengharapkan reda Allah .
ASMA’ MENJADI ISTERI ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Tidak lama sesudah itu, Asma' berkahwin dengan Abu Bakar
as-Siddiq selepas isteri beliau, Ummu Rumaan meninggaI. Asma' terus setia di
samping Abu Bakar, sehingga beliau dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah
wafat. Asma' juga bersabar ketika menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit kuat.
"Asma', apabila aku meninggal dunia, mandikanlah
jasadku. Dan bukalah puasamu agar dirimu lebih kuat:” pesan Abu Bakar apabila
dia merasakan maut semakin menghampirinya.
"Baiklah:” jawab Asma' sambil matanya tidak lepas
memandang suaminya yang berada di ambang sakaratul maut.
Tidak lama kemudian, lnnalillahi wainna ilaihirojiun.
Asma' berasa sedih dengan kematian Abu Bakar. Namun begitu,
dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar memandikan jenazahnya.
Asma' kembali bersendirian membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik
mereka dengan memohon kepada Allah agar memperbaiki anak-anaknya sehingga
mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang bertakwa.
ASMA’ MENJADI ISTERI ALI BIN ABI TALIB
Sedih yang dialami oleh Asma' segera diubati oleh Ali bin
Abi Talib. Beliau datang meminang Asma' selepas Fatimah az-Zahra meninggal.
Ketika Ali bin Abi Talib dilantik sebagai khalifah yang
keempat, Asma' turut memikul tanggungjawab sebagai isteri khalifah bagi kaum
muslimin dalam menghadapi peristiwa-peristiwa besar.
Demikianlah Asma' binti Umais, wanita yang menjadi
pendamping kepada tiga pemimpin besar kaum Muslimin iaitu Jaafar bin Abi Talib,
Abu Bakar bin Siddiq dan Ali bin Abi Talib. Semoga Allah merahmatinya.
Asma' amat mencintai ketiga-tiga suaminya. Katanya,
"Aku tidak melihat seorang pemuda daripada bangsa Arab yang lebih baik
daripada Jaafar, dan aku tidak melihat seorang setengah baya yang lebih baik
daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang kebaikannya dibandingkan
kedua-duanya".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar