Khalifah Umar r.a dan harta gabenor dan pegawainya
Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan
negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap
gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan
deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap.
Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan
dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. [3] Selain itu, Umar r.a
turt melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada
pertambahan harta secara syubhah. [4]
Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :-
Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah
seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar
khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu
menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut "Aku mendengar kamu telah
membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak
cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera
meruntuhkan mimbarmu" [5]
Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar
di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali
terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD".
Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan
pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan.
Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu
lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan
segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.[6]
Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa
tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra
kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat
kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat
itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri
keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan
menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya[7]. Sebenarnya, Umar
r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu
diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para
pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.
Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan
kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a
memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar
r.a mula mengambilnya sambil berkata "barang-barang ini boleh digunakan
oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas"
[8]
Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik
beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati
keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah.
Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan "aku tidak pernah
berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)"
Umar r.a menjawab "Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat
sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman
kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya" [9]
Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil
secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua
bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.
Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi
membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan
pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata
disebabkan oleh jawatannya.[10]
[3] Futuh al-Buldan, hlm 220 dan 221 ; Al-Wilayah ‘ala
al-Buldan, 2/131
[4] Tarikh al-Madinah, 3/837
[5] Futuh Misr wa akhbaruha, Ibn Abd Hakam, hlm 92
[6] Futuh al-Buldan, hlm 77 ; Al-Idarah al-Islamiyah,
Majdalawi, lm 216
[7] Tarikh al-Madinah, 3/832
[8] Al-Wilayah ‘ala al-Buldan, 2/128
[9] Shahed al-Mihrab,
[10] Al-fatawa, 28/157
Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/797/72/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar