Kisah Khalifah Umar r.a dan Sa'ad Abi Waqqas r.a
Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang
sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat
beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan
palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika
peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat
persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu
kelancaran perancngan kerajaan Islam.
Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh
Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan
menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang
amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya.
Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di
Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad lalu semuanya
mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.
Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad
tidak adil dan tidak memimpin perang.
Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan
terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke
atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu
ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat
yang luar biasa.
Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi
mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab
meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin
Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala
Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar